Skip to main content

SAFE BOX INFO

PANDUAN KESELAMATAN BARANG PERIBADI

Perkara-perkara  penting yang perlu dititikberatkan oleh pelajar-pelajar dalam menjaga barangan peribadi 
yang berharga untuk mengelakkan daripada kehilangan atau kecurian. Berikut adalah  antara beberapa panduan yang boleh membantu :
1. Barang-barang yang berharga seperti barang kemas, telefon bimbit, komputer riba dan 
sebagainya, jangan disimpan di dalam beg ataupun di dalam bilik penginapan tanpa pengawasan 
dan hendaklah dibawa ke mana sahaja jika perlu.
2. Jangan sekali-kali membawa rakan-rakan luar ( setinggan ) masuk ke kolej tanpa kebenaran pihak 
pengurusan kolej. Jika terdapat sesiapa yang ingkar mematuhi peraturan ini, anda adalah 
bertanggungjawab melaporkan kepada ketua blok atau pengurusan kolej.
3. Pintu bilik dan loker hendaklah sentiasa dikunci serta anak kunci hendaklah sentiasa dibawa dan 
jangan disimpan di tempat yang tidak selamat seperti di bawah bantal, dalam kasut, atas loker dan 
sebagainya.
4. Elakkan menggunakan nombor pin ATM anda  sama dengan nombor kad pengenalan atau kad 
matrik pelajar anda. Jangan sekali-kali menyuruh rakan untuk mengeluarkan wang dimesin ATM.
5. Jangan benarkan kad matrik pelajar anda digunakan untuk tujuan meminjam buku-buku di 
perpustakaan oleh rakan-rakan anda bagi mengelakkan ianya daripada disalahguna.
6. Pasangkan kunci tambahan pada motorsikal anda untuk mengelakkan motorsikal daripada dicuri. 
Jangan letakkan motorsikal di tempat yang tersorok dan di tempat yang tidak dibenarkan.
7. Maklumkan dengan segera kepada pihak keselamatan jika ada orang yang mencurigakan berada 
di kawasan kampus atau di tempat kediaman anda.
8. Jangan tinggalkan barang-barang berharga misalnya alat-alat ICT atau duit yang banyak di dalam 
kenderaan anda tanpa diawasi. Sebarang kecuaian akan mendedahkan harta anda kepada risiko 
kecurian.
9. Semua harta benda di bawah jagaan anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Maka, oleh yang 
demikian anda perlulah menjaga keselamatan harta masing-masing dengan selamat.


APA YANG PELU ANDA TAHU TENTANG PETI BESI

Terdapat pelbagai jenis peti simpanan yang mempunyai fungsi tersendiri. Datang dalam berbagai-bagai bentuk, saiz dan kegunaan, peti besi sering kali digunakan di rumah, pejabat dan juga bank. Antara yang lazim dipilih adalah peti keselamatan, peti besi untuk kediaman, peti besi untuk pejabat atau perniagaan, peti besi di dalam dinding dan sebagainya.

Perlindungan Dari Kecurian

Peranan utama peti besi adalah untuk melindungi barang-barang berharga dan dokumen penting anda. Sistem kunci yang digunakan adalah lebih canggih daripada penggunaan kunci biasa dan ini menyukarkan cubaan mencuri. Pemilik barang-barang berharga pastinya tidak lagi perlu berasa bimbang atas keselamatan barang barang bernilai mereka.

Perlindungan Kebakaran

Memandangkan kebanyakkan peti besi adalah kalis api, dokumen-dokumen penting tidak akan mengalami kerosakan sekiranya kebakaran berlaku. Setiap peti besi di pasaran berupaya untuk menampung suhu panas yang berbeza-beza, bergantung kepada jenis peti besi tersebut. Peti besi yang berkualiti tinggi mampu menahan suhu setinggi 1500 degrees F selama lebih sejam. Peti besi berupaya menahan suhu yang tinggi dengan mengeluarkan sejenis kelembapan yang unik di dalam peti besi tersebut.

Bilakah Anda Perlukan Peti Besi?

Terdapat banyak perniagaan yang mengendalikan jumlah wang tunai yang besar seperti restoran. Ini menjadikan ia penting untuk perniagaan berkenaan mempunyai tahap keselamatan yang mampu dan selamat untuk penyimpanan wang tersebut selama beberapa waktu, sebelum ia dipindahkan ke bank. Peti besi ini boleh samada dipasang di bawah lantai atau di dalam dinding. Adalah tidak perlu untuk melabur dalam sistem yang sangat kompleks terutama apabila ianya bertujuan untuk memegang wang untuk tempoh yang singkat.

Peti Besi Di Rumah

Peti besi untuk kediaman boleh didapati dalam tiga jenis rekabentuk utama yang merangkumi peti besi yang direka khas untuk perlindungan daripada kebakaran atau kecurian atau kedua-duanya sekali. Perlindungan yang ditawarkan oleh unit-unit ini adalah sangat penting kerana ia membantu dalam penyimpanan dokumen berharga dan harta benda, terjamin selamat daripada perompak. Peti besi – peti besi ini datang dengan dinding dan pintu yang berat yang menjadikan ia mencabar untuk dipecah masuk. Namun, gred kunci berbeza dari satu pengeluar ke pengeluar yang lain, jadi amat penting untuk pembeli membuat pilihan yang bijak bagi mengenali ciri-ciri keselamatan yang terdapat di pasaran.

Comments

Popular posts from this blog

PINTU PETI BESI SAYA TAK DAPAT DI BUKA

Apabila anda memiliki sebuah peti besi dan anda mengalami kesulitan untuk membuka kunci peti besi atau "Safebox" tersebut, biasanya anda akan menjadi panik. Apatahlagi bila ada dokumen ataupun barang-barang yang berada di dalam peti besi tersebut yang anda perlukan segera. Aura safe mempunyai beberapa panduan berguna yang boleh membantu anda menjimatkan masa dan wang dan juga dapat membuat anda terhindar dari kemungkinan penipuan. Berikut adalah tips bermanfaat yang dapat membantu anda apabila peti besi anda terkunci dan tidak dapat terbuka dengan mudah. Memastikan Masaalah Peti Besi Anda Apakah kunci kombinasi anda tiba-tiba tidak dapat digunakan? Apakah kunci kombinasi anda tidak dapat digunakan setelah mengganti nombor kombinasi?  Apakah ada tanda-tanda sebelum kunci panjang anda tidak berfungsi?  Apakah kunci panjang Anda patah?  Apakah Kunci anda hilang dan kunci pendua tertinggal di dalam peti besi?  Apakah nomor kombinasi anda perlu diganti

PETI BESI - Apa yang perlu anda tahu...

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Peti Besi  Terdapat pelbagai jenis peti simpanan yang mempunyai fungsi tersendiri. Datang dalam berbagai-bagai bentuk, saiz dan kegunaan, peti besi sering kali digunakan di rumah, pejabat dan juga bank. Antara yang lazim dipilih adalah peti keselamatan, peti besi untuk kediaman, peti besi untuk pejabat atau perniagaan, peti besi di dalam dinding dan sebagainya. Perlindungan Dari Kecurian Peranan utama peti besi adalah untuk melindungi barang-barang berharga dan dokumen penting anda. Sistem kunci yang digunakan adalah lebih canggih daripada penggunaan kunci biasa dan ini menyukarkan cubaan mencuri. Pemilik barang-barang berharga pastinya tidak lagi perlu berasa bimbang atas keselamatan barang barang bernilai mereka. Perlindungan Kebakaran Memandangkan kebanyakkan peti besi adalah kalis api, dokumen-dokumen penting tidak akan mengalami kerosakan sekiranya kebakaran berlaku. Setiap peti besi di pasaran berupaya untuk menampung suhu panas yan

TABUNG DERMA MASJID DAN SURAU STAINLESS STEEL

Produk terbaru kami hubungi kami di talian 016 9576878 aura2impian@gmail.com  ..