Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2013

PETI BESI - Apa yang perlu anda tahu...

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Peti Besi  Terdapat pelbagai jenis peti simpanan yang mempunyai fungsi tersendiri. Datang dalam berbagai-bagai bentuk, saiz dan kegunaan, peti besi sering kali digunakan di rumah, pejabat dan juga bank. Antara yang lazim dipilih adalah peti keselamatan, peti besi untuk kediaman, peti besi untuk pejabat atau perniagaan, peti besi di dalam dinding dan sebagainya. Perlindungan Dari Kecurian Peranan utama peti besi adalah untuk melindungi barang-barang berharga dan dokumen penting anda. Sistem kunci yang digunakan adalah lebih canggih daripada penggunaan kunci biasa dan ini menyukarkan cubaan mencuri. Pemilik barang-barang berharga pastinya tidak lagi perlu berasa bimbang atas keselamatan barang barang bernilai mereka. Perlindungan Kebakaran Memandangkan kebanyakkan peti besi adalah kalis api, dokumen-dokumen penting tidak akan mengalami kerosakan sekiranya kebakaran berlaku. Setiap peti besi di pasaran berupaya untuk menampung suhu panas...

TIPS MENYIMPAN BARANG KEMAS....

 Memiliki barang kemas dengan rekaan terkini merupakan satu kepuasan bagi sesetengah orang. Bagi mereka, biar penat bekerja dan mengumpul wang asalkan dapat memiliki barang kemas idaman. Namun, dalam keseronokan memiliki barang kemas, ramai yang terlupa untuk menjaga keselamatan barang kemas mereka. ‘‘Ramai yang suka menyimpan barang kemas di rumah seperti di dalam almari, bekas tin, bantal dan sebagainya. Walaupun kita berjaya menyorokkan barang kemas namun pencuri boleh masuk ke dalam rumah dan menyelongkar seluruh rumah untuk mencari barang kemas.  Pencuri ini pandai, kita sangka mereka tak akan jumpa barang kemas yang kita simpan namun sebenarnya mereka ini seperti ada hidung yang boleh mencium ‘bau’ emas dan dapat mencarinya." TIPS MENYIMPAN DAN MENJAGA BARANG KEMAS: 1. Simpan barang kemas yang tidak mahu dipakai dalam peti keselamatan. 2. Asingkan jenis-jenis barang kemas semasa menyimpan. 3. Jangan simpan semua barang kemas dalam beg tangan semasa p...

HAK ANDA SEBAGAI PENGGUNA

HAK ANDA SEBAGAI PENGGUNA KAJIAN menunjukkan sekurang-kurangnya setengah daripada kecederaan berkaitan produk boleh dielakkan jika pengguna menggunakan produk dengan bertanggungjawab. Apakah yang pengguna boleh lakukan untuk memenuhi tanggungjawab ini? Pengguna hendaklah: 1) Memeriksa ciri-ciri keselamatan barang dagangan sebelum membeli. Ada beberapa model bagi setiap jenis produk. Pengguna boleh membuat pilihan. Mereka perlu membandingkan ciri pelbagai produk itu dan sebagai suatu amalan rutin pertimbangkan keselamatan relatif produk itu. Sebagai contoh, bukan semua soket elektrik yang dijual mempunyai suis keselamatan yang bertindak sendiri apabila palam ditanggalkan. Demi keselamatan, soket bercirikan keselamatan lebih digemari. 2) Tanya penjual mengenai ciri keselamatan produk sebelum membelinya. Penjual biasanya menyimpan pelbagai jenis produk dan mereka tentu bersedia memberi maklumat berguna mengenai prestasi produk dan ciri-ciri keselamatannya. 3) Pengguna hendaklah mengambil...

Masjid Al H.... Klang

Alhamdulilah... Selesai sudah satu lagi tugas hari ini. Membekal, memasang dan menunjuk ajar Jawatankuasa Masjid untuk tabung Masjid di Klang... "Keselamatan ANDA Keutamaan KAMI"
My Facebook Night Deposit Safe The Night Deposit range featuring a “Trap” on top of the unit for easy drop-in deposit caters specially for cash deposits after office hours or any time of the day. The models come in 3 sizes. The Night Safe deposit drawer comes in either for front or back to suit individuals requirement . "Keselamatan ANDA Keutamaan Kami"