Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Peti Besi
Terdapat pelbagai jenis peti simpanan yang mempunyai fungsi tersendiri. Datang dalam berbagai-bagai bentuk, saiz dan kegunaan, peti besi sering kali digunakan di rumah, pejabat dan juga bank. Antara yang lazim dipilih adalah peti keselamatan, peti besi untuk kediaman, peti besi untuk pejabat atau perniagaan, peti besi di dalam dinding dan sebagainya.
Perlindungan Dari Kecurian
Peranan utama peti besi adalah untuk melindungi barang-barang berharga dan dokumen penting anda. Sistem kunci yang digunakan adalah lebih canggih daripada penggunaan kunci biasa dan ini menyukarkan cubaan mencuri. Pemilik barang-barang berharga pastinya tidak lagi perlu berasa bimbang atas keselamatan barang barang bernilai mereka.
Perlindungan Kebakaran
Memandangkan kebanyakkan peti besi adalah kalis api, dokumen-dokumen penting tidak akan mengalami kerosakan sekiranya kebakaran berlaku. Setiap peti besi di pasaran berupaya untuk menampung suhu panas yang berbeza-beza, bergantung kepada jenis peti besi tersebut. Peti besi yang berkualiti tinggi mampu menahan suhu setinggi 1500 degrees F selama lebih sejam. Peti besi berupaya menahan suhu yang tinggi dengan mengeluarkan sejenis kelembapan yang unik di dalam peti besi tersebut.
Bilakah Anda Perlukan Peti Besi?
Terdapat banyak perniagaan yang mengendalikan jumlah wang tunai yang besar seperti restoran. Ini menjadikan ia penting untuk perniagaan berkenaan mempunyai tahap keselamatan yang mampu dan selamat untuk penyimpanan wang tersebut selama beberapa waktu, sebelum ia dipindahkan ke bank. Peti besi ini boleh samada dipasang di bawah lantai atau di dalam dinding. Adalah tidak perlu untuk melabur dalam sistem yang sangat kompleks terutama apabila ianya bertujuan untuk memegang wang untuk tempoh yang singkat.
Peti Besi Di Rumah
Peti besi untuk kediaman boleh didapati dalam tiga jenis rekabentuk utama yang merangkumi peti besi yang direka khas untuk perlindungan daripada kebakaran atau kecurian atau kedua-duanya sekali. Perlindungan yang ditawarkan oleh unit-unit ini adalah sangat penting kerana ia membantu dalam penyimpanan dokumen berharga dan harta benda, terjamin selamat daripada perompak. Peti besi – peti besi ini datang dengan dinding dan pintu yang berat yang menjadikan ia mencabar untuk dipecah masuk. Namun, gred kunci berbeza dari satu pengeluar ke pengeluar yang lain, jadi amat penting untuk pembeli membuat pilihan yang bijak bagi mengenali ciri-ciri keselamatan yang terdapat di pasaran.

Comments
Post a Comment